berita pemergian wanita yang melahirkan seorang anak

baru balik puncak. ohh semalam aku kat nilai. start dari hari jumaat pagi.. seawal 5:30 aku dikejutkan dengan berita pemergian makcik kerahmatullah..

Al-fatihah..

aku bergerak keluar ke puncak lebih kurang 6:30 pagi time tu orang tgah sedap tido.. aku perasan semua housemate aku lena sbb ta perasan ape" time aku keluar tu.. sempat aku tulis nota utk faa yg aku tglkn kat atas meja..

"faa, aku balik nilai dulu..
makcik aku meninggal dunia.
aku tak datang kelas pagi ni..
bagitau budak" ni eh.."

nota yg ringkas. sedih. berjalan sorang" menuju ke basstop. memang sunyi sepi dengan mood yg bercelaru. kepala aku asyik flashback arwah makcik aku tu..

bas tiba.. dan aku bergerak..

dari kolej ke pkns dan terus ke kL sentral..

kL sentral amek ktm terus ke nilai..

sampai nilai dlm kul 9pagi. pksu aku amek. bersalam dengan ayahku -,- miss you ayah! melihat semua sanak saudara merintih hiba ats pemergian makcik aku. aku salam semua orang dan terus ke rumah sebelah melalui jalan dapur..

melihat makcik aku yang terbaring.. ditutupi tudung di muka.. dikelilingi orang yang membaca yasin. aku rebah. menahan sedih. dan terus ke ibuku. pelbagai soalan bermain dimindaku..

seorang ibu meninggal ketika melahirkan seorang bayi lelaki..

aku sedekahkan yasin utknya sebelum dia dikebumikan. wajahnya yg redup dan bersinar tatkala hari jumaat yg mulia. ada senyuman di bibirnya.. aku rindukan tutur bicaranya yg lembut.. aku redha..

meninggalkan seorang suami, dan empat anaknya yg masih kecil..

semua ini ujian..

adam.. itulah anak yang dilahirkan sebelum nafas terakhirnya..

al-fatihah.
semoga rohnya dicucuri rahmat. amin.

No comments:

Post a Comment

Domo-kun Hand