he's cuteeee

aku masih tak faham kenapa ada orang yang tak suka dan meluat dengan sejenis patung yang comel nie. comel kan.. tengok ni !


dan ada yg berpendapat domo ni seperti makhluk asing. sebab mulut dia yang tak pernah tutup dan tiada shape pd badan dia.. dan masih ada yang pelik kenapa perempuan sukaaa sangat dengan domo ni. jawapan dia senang je.. sebab domo ni cuteeeee :)

actually domo ni adalah sejenis watak kartun daripada jepun.

Domo (どーもくん Dōmo-kun?)

Domo, selaku watak utama, dihuraikan dalam laman web rasni bahasa Inggeris sebagai "seekor makhluk aneh yang menetas dari sebiji telur."  Nama "Domo" diperoleh ketika episod kedua rancangannya apabila seorang juruhebah TV berkata, "doumo, konnichiwa" (どうも、こんにちは?), yang lebih kurang bermaksud, "Apa khabar di sana?", atau "Apa khabar, Domo?". Akhiran kun pada "Domo-kun" ialah gelaran mesra yang sering dipakai apabila menyapa lelaki yang lebih muda. Makanan kegemaran Domo-kun ialah gulai daging dan ubi kentang, manakala dia paling benci epal, gara-gara satu misteri yang belum terjawab dalam DNA-nya. Domo-kun juga selalu kembung apabila gementar atau marah.

Domo tinggal dalam sebuah liang bawah tanah bersama Usaji (うさじい Usajii?) , seekor arnab tua bijaksana yang gemar menonton televisyen dan minum teh hijau. Nama Usaji adalah kata lakur perkataan usagi (ウサギ?), (arnab), dan jii-chan (じいちゃん?) (atuk). Usaji tidak gemar bahan-bahan "baharu" dan juga tidak ada telefon. Dari segi fesyen, Usaji lebih mementingkan bahan berbanding bentuk. Makanan kegemaran Usaji ialah lobak, manakala dia paling tidak gemar makan "benda-benda yang tidak bererti."
Dalam liang itu juga didiami dua ekor kelawar, iaitu si ibu bernama Shinobu (しのぶ?)[2] dan anaknya Morio (もりお?).

maklumat dipetik dari sumber > sini 

okay dah faham kan ape tu domo-kun. comel kan. so, jangan la terkejut kalau lelaki pun akn suka benda ni sbb aku pernah perasan someone (lelaki) pernah pakai baju domo ni.

cuba tengok ni.. domo-kun

nak satu jugakkkk !! pleaseeee . . .  :)


No comments:

Post a Comment

Domo-kun Hand